suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut IPG dakwa jadi mangsa buli emosi... Tak sangka rakan sekelas benci pelajar pandai, anggap ‘dosa’ dapat Anugerah Dekan!

Kehadiran orang sekeliling yang toksik boleh menjejaskan emosi serta keyakinan diri seseorang. -Gambar hiasan AI

ALAM kampus lazimnya menjadi antara fasa indah dalam kehidupan seorang penuntut apabila berpeluang menimba ilmu serta membina persahabatan baharu.

Namun, pengalaman itu tidak dinikmati semua apabila ada yang terpaksa berdepan layanan negatif sehingga menjejaskan emosi dan prestasi akademik.

Itulah yang dilalui seorang penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) apabila mendakwa dia dipulaukan rakan sekelas hanya kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang atau Anugerah Dekan.

"Sedihnya, ingat masuk IPG gembira. Hakikatnya tak, penuh toksik. Dipulaukan hanya sebab saya dapat Anugerah Dekan.

"Mula-mula beberapa orang tak suka, lepas tu hasut-menghasut sampai hampir semua rakan sekelas perempuan tak suka saya," luahnya dalam satu hantaran di Threads.

Individu yang berdepan masalah depresi disaran untuk mendapatkan bantuan pakar. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan, tindakan memulau itu turut menjejaskan urusan pembelajarannya apabila dia tidak mendapat maklumat penting berkaitan aktiviti kelas.

"Tahap kena pulau tu sampai saya tak tahu ada aktiviti dekat mana atau pakaian untuk pelajaran esok macam mana. Mereka kongsi (info) dalam grup yang tak ada saya," tambahnya.

Menurutnya, dia juga sudah berusaha memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan terbabit, termasuk mengambil langkah memohon maaf, namun usaha tersebut masih belum membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih disisih keluarga, terpaksa berdikari sejak kecil... Abang pula hanya perlu merajuk terus dapat kereta baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Result ‘biasa-biasa’ masa mula masuk IPTA, cemerlang di pengakhiran... pemuda ini kongsi tip dapat 4 flat selepas tempuhi semester akhir penuh cabaran

Malah, keadaan itu terus menghantuinya sehingga kini meskipun sudah melangkah ke semester satu pengajian peringkat ijazah.

"Saya down, akademik kelaut. Pensyarah pun marah sebab saya tak perform. Dalam kepala ni fikir nak tukar IPG je kalau boleh," luahnya lagi.

Rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat agar penuntut itu tidak membiarkan layanan negatif orang sekeliling memusnahkan masa depan dan impian yang sedang dibina.

  • Seorang penuntut IPG mendakwa dipulaukan rakan sekelas hanya kerana memperoleh Anugerah Dekan.
  • Hampir semua rakan sekelas perempuan didakwa menjauhinya.
  • Dia tersisih daripada grup perbualan sehingga terlepas maklumat penting berkaitan aktiviti dan pembelajaran.
  • Dia meminta maaf namun tidak berhasil, malah tekanan emosi menjejaskan prestasi akademiknya.
  • Netizen bersimpati dan menasihatinya supaya mendapatkan bantuan mentor

Mereka juga menyarankan supaya penuntut tersebut mendapatkan sokongan daripada individu yang dipercayai bagi menghadapi situasi sukar berkenaan.

"Bincanglah dengan mentor. Ini satu bentuk buli. Saya sendiri seorang mentor dan jika terima aduan macam ni, saya akan ambil serius. Tiada kompromi.

"Nasihat saya, berhenti berusaha penuhi standard mereka. Tanam mentaliti, tak mati pun hidup seorang.

"Jalan terus dik. Biar je mereka. Belajar rajin-rajin, dapatkan Anugerah Dekan lagi dan lagi. Biar mereka makin berapi," komen netizen.

Artikel Lain